Followers

Thursday, June 15, 2017

#Throwback

Saja nak throwback sikit. Story mory bersama, siapa suruh bukak padan muka. Nah baca! Kihkih.

Zaman sekolah dulu pernah ada blog dah, alhamdulillah masa tu viewers boleh tahan meletup jugak lah. Ramai gang-gang bloggers dan budak-budak sekolah baca. (Hek eleh poyo gila mamat ni!)

Tak kurang juga haters pun ramai masuk jenguk gak untuk bash dekat chatbox haha.

Masa tu nama blog aku http://captainfawwaz.blogspot.com.      

Kenapa?

Kenapa nama captain?

Suka hati lah nak letak nama apa korang kisah apa. Amboi emonya.

Sebenarnya cita-cita aku dulu ada banyak. Pernah sembang nak jadi Saintis, Ustaz, Angkasawan, Ahli Politik dan paling minat dulu nak jadi Juruterbang. 

Jadi.. disebabkan keinginan yang kuat dan cita-cita yang tak kesampaian tu maka lahirlah nama link blog tu. Ohh ya, kalau ada sesiapa follow blog tu, memang dah tak wujud sekarang.

Ini blog aku paling latest. The Only One bebeh.

Okay korang dah bazirkan lebih kurang 75 saat baca throwback aku ni. Boleh tak rate korang punya tahap penyesalan 1 - 10? :b

Muqaddimah

Hello dan Assalamualaikum guys! Sebenarnya dah lama pencen jadi penulis blog tapi harini sengaja nak mula menulis balik. Mungkin tiada siapa baca pun blog ni.. so yeah tulis sahaja macam biasa.

Dont expect too much from me okay : )